BLOG Tips Peperiksaan UPSR PMR SPM 2011 Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bangsawan Islam

Tiada Anak Yang dilahirkan Bodoh.Mereka hanya perlukan cara yang berlainan sahaja

Uji Keyakinan Diri

Posted by Cg Rajaei Ali Thursday, November 10, 2011 0 comments

"Salam penuh yakin,

Hari ini dalam sejarah 11.11.11..
Entri kali ini MC nak ajak semua orang menguji keyakinan diri melalui gambar trafict light ini. Bukan nak ajak merempet yer..jangan tenung lama-lama, nanti terkena sawan warna la pulak...

Sekali imbas, mana satu yang betul kedudukanya warna nya?



Kalau masih tercari-cari keyakinan, boleh gunakan talian hayat ini ..#999...kol polis, tanya mana satu yang betul. Dah dapat jawapan? Yang nombor berapa?

Inilah yang selalu MC gunakan untuk menguji tahap keyakinan seseorang itu. Biasanya dalam satu kumpulan yang mempunyai 12 orang, yang betul menjawap dengan penuh yakin hanya 5 hingga 6 orang sahaja, selebihnya tak berapa pasti. Malah, ada juga yang langsung tak dapat memberikan jawapanya.
Daripada jawapanya secara spontan tadi, sedikit sebanyak kita boleh menilai tahap keyakinan seseorang itu.

Anda semua bagaimana?

Percubaan Negeri

Posted by Cg Rajaei Ali Tuesday, August 23, 2011 0 comments

Trial PMR Selaras SBP 2011

Ini upload semula guna mediafire

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Science
Mathematics
Sejarah
Geografi
Pendidikan Islam
Kemahiran Hidup 1
Kemahiran Hidup 2

PEP PERCUBAAN SPM SELARAS SBP 2011

Hasil dari komen yang diberi saya cuba upload kat mediafire. TQ for the info.

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Mathematics
Additional Mathematics
Pendidikan Islam
Pendidikan MoralPhysics
Chemistry
Biology
Prinsip Akaun

Physics

Friday, August 19, 2011

PEP PERCUBAAN SPM SELARAS SBP 2011

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
Sejarah
Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi
Prinsip Akaun
Pendidikan Moral


P/S Jika download tak dapat sila cuba lain kali sebab hanya 200MB sahaja sehari yang dibenarkan untuk satu akaun . Saya cuba signup pelbagai akaun percuma untuk mengelakkan masalah ini.Kesulitan Amat Dikesali


Soalan Percubaan PMR 2011 Negeri Melaka

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
Matematik 1 dan Matematik 2
Sains
Sejarah
Geografi
KH Hidup ERT
KH Hidup I
Geografi

Muhyiddin, tolonglah turun tengok masalah guru ni

Posted by Cg Rajaei Ali Saturday, August 6, 2011 1 comments



"Tak tahulah apa nak cakap lagi kepada Timbalan Perdana Menteri kita merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Tolonglah turun padang, tengok Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang sepatutnya canggih tapi sebaliknya menyebabkan para guru bangun 4 pagi pergi kafe siber nak masukkan data peperiksaan dan pelajar. Tolonglah jangan dengar penerangan dari Pengarah Pelajaran atau Pegawai Pelajaran Negeri dan Daerah.

Yang malu nanti Tan Sri Muhyiddin juga, Pengarah dan Pegawai Pelajaran kata OK saja, hakikatnya sistem SAPS ini bukannya jadi aset lagi tapi dah jadi liabiliti. Liabiliti kepada Menteri sendiri.

Guru bukan nak dengar ceramah politik atau sejarah kemerdekaan, mereka nak buat kerja mereka saja. Bayangkan habis periksa 12 Ogos 2011, 13 Ogos 2011 semua data ini kena lengkap masuk, dengan sistem yang begitu bermasalah.

Walaupun saya bukan guru, saya sendiri pernah cuba untuk membantu guru masukkan data ini dari pukul 12 tengah malam, pukul 3 pagi baru dapat masuk sistem.

Kalau Tan Sri Muhyiddin ada anak-anak, sepupu, atau Ketua Cawangan yang jadi guru sekolah cuba tanya atau cuba bantu mereka masukkan sistem ini. Jangan cuba di Kuala Lumpur, cuba di tempat yang capaian internetnya GPRS bukan 3G ke 4G ke.

Rozmal bin Malakan

http://waghih.blogspot.com

**********************

Sistem SAPS banyak masalah

Berita Harian 6 Ogos 2011

SAYA bersetuju dengan komen oleh ‘Norhisham Mohamad, Alor Setar’ mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk ‘kewujudan SAPS bebankan guru’.

Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program ini susah untuk dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain.

Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka sistem ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, sistem ini akan terkeluar dari talian. Saya terpaksa mengisi semula markah dan ini ia berlaku beberapa kali.

Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas jam 3 pagi.

Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar.

Bayangkan, jika ada enam kelas yang markah pelajarnya perlu diisi dan setiap satu kelas pula ada 40 pelajar. Sebenarnya sebelum menggunakan sistem SAPS yang diambil dari Perak, guru menggunakan sistem yang diambil dari Johor. Malangnya, apabila sistem baru diperkenalkan kami terpaksa melakukan pengisian markah sekali lagi. Ini sangat membebankan kerana terpaksa melakukan perkara yang sama berulang kali.

Yang peliknya semasa taklimat kami diberitahu bahawa semasa menggunakan SAPS, kami tidak boleh menekan butang ‘enter’ pada papan kekunci kerana akan mengganggu sistem. Ini adalah kali pertama saya mendengar satu sistem yang direka akan rosak jika tertekan butang ‘enter’.

Masalah lain yang dihadapi ialah ada pelajar yang tiada dalam senarai kelas tetapi apabila didaftar, jawapan yang diterima ialah ‘pelajar telah didaftarkan’ tetapi jika telah didaftarkan kenapa nama pelajar tiada dalam senarai.

Sebenarnya banyak lagi kelemahan lain dalam sistem ini. Sepatutnya pihak Kementerian Pelajaran terlebih dulu memastikan sistem yang ingin digunakan mestilah mudah dicapai pada bila-bila masa, cekap dan mesra pengguna.

GURU TENSION,

Kajang, Selangor.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article

****************

Kewujudan SAPS bebankan guru

Berita Harian 30 Julai 2011

Syabas diucapkan kepada Kementerian Pelajaran kerana memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS memang ditunggu-tunggu sebagai pelengkap sistem peperiksaan sedia ada.

Malangnya SAPS tidak membenarkan sistemnya berpadu dengan Sistem Maklumat Murid menyebabkan guru terpaksa memasukkan data pelajar.

Bayang guru terpaksa bangun 4 pagi dan ke kafe siber. SAPS jelas hanya menambah beban guru di seluruh negara.

NORHISYAM MOHAMAD,

Alor Setar, Kedah.

****************

Many teachers complain over slow online system

The Star, Thursday August 4, 2011

PETALING JAYA: The school exams online data analysis system is not working out well as teachers complained that it was not user-friendly and slow.

The system known as SAPS or System of Analysis for School Examination has caused frustration among teachers.

Under the Education National Key Result Area (NKRA) initiative, teachers are required to submit the exam data online.

Many teachers described the portal as “extremely slow” and not user-friendly.

“The system often hangs due to heavy traffic. We are advised to use it late at night or early in the morning when the portal is less busy.

“Why must the MOE punish the teachers? We need time to prepare our lessons at home,” one teacher said.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F4%2Fnation%2F9224912

Berita Harian Online | Misi berbeza buruan Inter, Bremen

Posted by Cg Rajaei Ali Monday, December 6, 2010 0 comments

Koleksi Soalan Percubaan Matematik PMR 2010

Posted by Cg Rajaei Ali Monday, November 8, 2010 0 comments

Post ini dimulakan dengan link soalan Peperiksaan Percubaan negeri Kelantan dan akan dikemas-kini dari masa ke semasa dengan link soalan-soalan dari negeri-negeri lain.

Klik pautan untuk muat turun :


10 graduan menerima anugerah cemerlang pada majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech Mara Ke-27 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.


Rutin mengulang kaji pelajaran secara konsisten dan menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran menjadi faktor utama kepada graduan terbaik Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) mendapat keputusan cemerlang.

Ia membolehkan graduan Diploma Teknologi Maklumat, Nur Sauri Yahya, 21, dipilih pelajar terbaik bagi program berkenaan dan melayakkannya menerima Anugerah Perak KPTM.

Dia yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78 berkata, mengulang kaji pelajaran secara sistematik membantu mendapat keputusan cemerlang.

"Saya pastikan selepas seminggu sesuatu topik itu dipelajari, saya mengulang kaji bagi memastikan kandungan topik pembelajaran difahami dan diingati," katanya ketika ditemui selepas majlis Konvokesyen KPTM Ke-27 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal.

Seramai 2,089 graduan menerima ijazah, diploma dan sijil profesional masing-masing dalam majlis tersebut.

Nur Sauri berkata, dia tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran semata-mata tetapi aktif melibatkan diri dalam sukan bola tampar dalam memastikan aktiviti pembelajaran dan akademik seimbang.

"Kita perlu membahagikan masa dengan bijak dan sistematik," katanya.

Sementara itu, bagi graduan terbaik yang mendapat CGPA 3.91 dalam jurusan Diploma Sistem Komputer dan Jaringan, Ho See Yean, 21, berkata, usahanya selama ini mengulang kaji pelajaran secara konsisten ternyata berbaloi.

"Segala penat lelah mengulang kaji pelajaran selama ini terbalas dengan mendapat keputusan cemerlang," katanya.

Mengenai perancangan selepas menamatkan pengajian, pelajar dari Kuala Lumpur itu berkata, buat masa sekarang dia ingin mencari pekerjaan dan belum berhasrat meneruskan pengajian di peringkat ijazah.

Fatimah Mohd Yunus, 21, yang merupakan graduan Diploma Kejururawatan terbaik pula berkata, dia bersyukur mendapat keputusan cemerlang dalam program pengajiannya dan membolehkannya mendapat Anugerah Perak.

"KPTM memberi peluang kepada saya untuk memilih pengajian dalam bidang kejururawatan.

"Program pengajian di sini yang memfokuskan kepada aspek latihan praktikal dan teori memberi banyak tambahan ilmu kepada saya," katanya.


DR. AHMAD Othman dan sebahagian daripada pelajar SK Jaya Gading menerima sumbangan sempena pelancaran Program Bank Buku di UMP, Pahang, baru-baru ini.


Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyumbangkan 400 buah buku ilmiah dan buku latihan (latih tubi) kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya Gading bagi memupuk budaya membaca di kalangan generasi muda sempena pelancaran Program Bank Buku di sini baru-baru ini.

Pengarah Program, Fazliani Hairuman berkata, program bertemakan 'Bersama Kita Membantu' ini dapat menjalinkan hubungan yang erat antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan masyarakat setempat.

"Program ini sebagai usaha jitu UMP dalam menggalakkan masyarakat membaca terutamanya di kalangan pelajar sekolah sebagai rutin harian mereka.

"Sikap rajin membaca bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan, malah dapat memperbaiki masalah pengunaan bahasa ketika berkomunikasi," katanya.

Hadir sama, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Zuryati Che Mohd.

Program dianjurkan Persatuan Mahasiswa Improsh dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi (FKPPT), UMP.

Sementara itu, Dekan FKPPT, Profesor Dr. Ahmad Othman berkata, buku-buku sumbangan ini berjaya dikumpulkan daripada kalangan mahasiswa dan staf UMP sendiri iaitu menerusi konsep derma-kumpul-derma yang dilaksanakan sejak September lalu.

"Pelajar dapat menambahkan pengalaman melalui bahan bacaan tambahan ini yang menjadi sebahagian daripada koleksi mereka.

"Saya berharap agar pihak sekolah dapat menempatkan buku-buku ini di sudut bacaan setiap kelas sebagai bahan bacaan dan rujukan pelajar," ujarnya.

Dr. Ahmad menambah, pihaknya memilih SK Jaya Gading dalam program ini sebagai tanda penghargaan jalinan hubungan erat dengan pihak sekolah yang merupakan sekolah angkat bagi fakulti itu sejak setahun lalu.

Seramai 70 pelajar tahun enam SK Jaya Gading bersama enam guru pengiring hadir menerima sumbangan buku pada majlis itu di Dewan Astaka, UMP baru-baru ini.